TASKA PERMATA Keluarga YPKT: Permohonan Kemasukan 2024

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah membuka permohonan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKA PERMATA Keluarga bagi kemasukan 2024.

TASKA PERMATA Keluarga adalah Taman Asuhan Kanak-kanak kelolaan YPKT yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan bayi dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah.

Ini bagi membantu keluarga yang menghadapi masalah penjagaan dan pengasuhan anak-anak khususnya ibubapa yang bekerja.

Objektif penubuhan taska ini adalah:

  • Menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan dan meyempurnakan perkembangan menyeluruh kanak-kanak 4 tahun ke bawah.
  • Menyediakan kakitangan/guru yang berkemahiran dalam menjalankan aktiviti perkembangan awal kanak-kanak.
  • Merancang dan menyediakan kurukulum/aktiviti yang bersesuaian dengan konsep asuhan dan didikan yang dipersetujui oleh lembaga.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan dalam program kemahiran keibubapaan kepada ibubapa yang menggunakan perkhidmatan TASKA dan komuniti setempat.

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Oktober 2023.

Kokurikulum Berasaskan PERMATA

Kokurikulum berasaskan PERMATA yang meliputi 6 komponen Asas serta penekanan terhadap konsep bermain sambil belajar iaitu:

  • Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
  • Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
  • Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
  • Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
  • Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
  • Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Syarat Permohonan TASKA PERMATA Keluarga 2024

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke taska ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan kemasukan TASKA PERMATA Keluarga YPKT bagi tahun 2024 akan dibuka pada 8 Oktober hingga 31 Oktober 2023.
  2. Ibu bapa/penjaga yang ingin membuat pendaftaran kemasukan bagi tahun 2024 hendaklah memuat turun dan cetak borang permohonan yang diberikan.
  3. Pendaftaran kanak-kanak TASKA adalah bermula seawal 3 bulan hingga 4 tahun manakala TABILAS bagi kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 9 tahun.
  4. Kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit kronik/OKU/Kanak-kanak Istimewa/ Kanak-kanak berkeperluan khas tidak diterima masuk untuk mendapatkan perkhidmatan di TASKA.
  5. Borang permohonan kemasukan kanak-kanak hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas, pastikan dokumen-dokumen yang berkaitan dilampirkan bersama (Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga, Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Mykid kanak-kanak, Salinan imunisasi kanak-kanak),
  6. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Taska pilihan ibubapa/penjaga masing-masing.

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan https://www.ypkt.gov.my/images/2023/boran-kemasukan-taska-permata-ypkt-2023—092023.pdf.

Maklumat Lanjut TASKA PERMATA Keluarga

Untuk maklumat lanjut ibu bapa/penjaga boleh menghubungi pengurus taska yang berkenaan dengan merujuk pautan https://www.ypkt.gov.my/ms/taska-permata-keluarga.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: