Cara Mudah Tukar Format Dokumen PDF ke Word

Pernahkah anda menghadapi masalah untuk menukar fail PDF ke Word bagi tujuan mengemaskini atau edit fail tersebut?

Sebenarnya terdapat teknik yang mudah untuk menukar dokumen berformat kepada Word secara atas talian sahaja!

Untuk makluman, PDF atau Portable Document Format ialah format fail yang tidak fleksibel dan tidak boleh dikemaskini berbanding format Word.

Untuk membuka fail PDF, pengguna perlu memasang atau install Adobe Acrobat di dalam komputer untuk membukanya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga aplikasi lain yang boleh digunakan untuk membuka fail PDF seperti PhantomPDF dan Nitro Pro dan juga yang lain.

Oleh itu, bagi mengemaskini atau edit sesuatu fail PDF, pengguna perlu menukar format fail PDF kepada Word.

Bagaimana untuk menukar ke format tersebut? Berikut dikongsikan beberapa cara mudah yang boleh digunakan oleh para pengguna.

Tukar Format PDF Ke Word Melalui Microsoft Word

Penukaran format ke Word boleh dilakukan melalui Microsoft Word dan penukaran ini boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Microsoft Office di komputer.
  2. Setelah itu, ke menu ‘File’ dan klik butang ‘Open’
  3. Pilih fail PDF yang hendak ditukar ke Word.
  4. Pop Up amaran akan muncul dan klik butang ‘OK.’
  5. Tunggu sehingga proses penukaran dokumen tersebut selesai.
  6. Proses penukaran selesai.
  7. Untuk menyimpan fail semula ke PDF semula, klik bahagian ‘File’ dan klik bahagian ‘Save As.’
  8. Di bahagian ‘Save as Type,’ pilih dokumen ‘PDF.’
  9. Namun, jika ingin menyimpan dalam format Word, pilih dokumen ‘Word Document.’

Tukar Format PDF Ke Word Melalui Online

Selain melalui Microsoft Word, pengguna juga boleh menukar format PDF ke Word melalui online.

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan penukaran format tersebut secara percuma.

Antara laman web yang boleh digunakan untuk penukaran terbabit adalah ‘I Love PDF’ yang boleh dilakukan secara percuma.

Langkah-langkah untuk menukar format daripada PDF ke Word menerusi laman web ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.ilovepdf.com/pdf_to_word.
  2. Klik butang ‘Select PDF File.’
  3. Pilih dokumen PDF yang ingin ditukarkan formatnya.
  4. Klik butang ‘Convert to PDF.’
  5. Klik butang ‘Download to PDF.’

Selain itu, terdapat satu lagi laman web yang menawarkan penukaran format ke Word secara percuma iaitu ‘Small PDF.’

Cara-cara penukaran boleh dirujuk melalui kaedah berikut:

  1. Layari laman web https://smallpdf.com/pdf-to-word.
  2. Klik butang ‘Choose Files.’
  3. Pilih dokumen PDF yang ingin ditukar formatnya.
  4. Klik butang ‘Continue.’
  5. Klik butang ‘Download’ untuk memuat turun format Word.

Info Lanjut

Bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai cara menukar format dokumen daripada PDF ke Word, sila tonton video di pautan berikut oleh Kevin Sratvert https://www.youtube.com/watch?v=oP393DSX9xs.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: