Semakan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan SPM 23/24

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2023/2024 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan dan rayuan bagi status tidak berjaya boleh dibuat mulai 7 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari.

Untuk makluman, UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan sebelum ini, semakan permohonan dan rayuan boleh dibuat sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang menerusi pautan yang disediakan.

Kemasukan Ke IPT

Semakan permohonan ini adalah permohonan bagi melanjutkan pengajian ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.

Tatacara Membuat Semakan UPUOnline

Semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

i) Laman Web

  1. Layari laman web berikut:
    https://jpt.utm.my
    https://jpt.uum.edu.my
    https://jpt.unimas.my
    https://jpt.ums.edu.my
    https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan

ii) Aplikasi Telefon Pintar

Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Setuju Terima Tawaran

Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 8 Julai 2023 setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Pengesahan tersebut boleh dilakukan di lawan wen IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan

Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.

Bagi kemasukan ke UA, rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Pertanyaan Lanjut UPUOnline

Pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline sesi 2023/2024, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: