Sidang Kemuncak ASEAN: Tarikh, Lokasi & Senarai Sekolah PdPR

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung tidak lama lagi, sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sidang tersebut dibenarkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.
Mengenai Sidang Kemuncak ASEAN
Sidang Kemuncak ASEAN merupakan sidang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Negara atau Kerajaan Negara-Negara Anggota yang berperanan:
- Menjadi badan pembuat dasar ASEAN yang tertinggi;
- Membuat pertimbangan, mengadakan panduan dasar dan membuat keputusan tentang isu penting berhubung dengan pelaksanaan matlamat ASEAN, perkara mustahak yang ada kepentingannya kepada Negara-Negara Anggota dan semua isu yang dirujukkan kepadanya oleh Majlis Penyelarasan ASEAN, Majlis Komuniti ASEAN dan Badan-Badan Sektoral Peringkat Menteri ASEAN;
- Mengarahkan Menteri-Menteri yang berkaitan dalam setiap Majlis yang berkenaan supaya mengadakan mesyuarat ad hoc antara Menteri, dan menangani isu penting berhubung dengan ASEAN yang merentasi Majlis Komuniti. Aturan-aturan prosedur bagi mesyuarat itu hendaklah diterima-pakai oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
- Menangani keadaan darurat yang menyentuh ASEAN dengan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian.
- Membuat keputusan tentang perkara-perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah Penggal-Penggal VII dan VIII.
- Membenarkan penubuhan dan pembubaran Badan-Badan Sektoral Peringkat Menteri dan institusi-institusi ASEAN yang lain; dan melantik Setiausaha Agung ASEAN, yang berpangkat dan bertaraf Menteri, yang akan berkhidmat dengan kepercayaan dan perkenan Ketua-Ketua Negara atau Kerajaan atas sokongan Mesyuarat MenteriMenteri Luar Negeri ASEAN.
Ia diadakan dua kali setahun, dan Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN hendaklah menjadi tuan rumah.
Namun, untuk mesyuarat khas atau ad hoc yang akan dipengerusikan oleh Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN, ia boleh diadakan di tempat yang akan dipersetujui oleh Negara-Negara Anggota ASEAN.
Senarai Negara ASEAN
Senarai negara-negara ASEAN adalah seperti berikut:
- Indonesia
- Malaysia
- Filipina
- Singapura
- Thailand
- Brunei Darussalam
- Vietnam
- Laos
- Myanmar
- Kemboja
Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46
Penganjuran sidang kemuncak ASEAN ini adalah untuk:
- Tarikh : 26 dan 27 Mei 2025
- Lokasi : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Tema : ‘Keterangkuman dan Kemampanan’
- Negara yang Terlibat : 10 pemimpin negara anggota ASEAN termasuk 19 ketua negara dijangka hadir termasuk dari negara-negara Teluk dan China
Objektif Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46
Objektif sidang kemuncak ASEAN pada kali ini adalah untuk:
- Memperkukuh kerjasama serantau: Mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan keselamatan demi kepentingan bersama.
- Menangani isu serantau dan global: Menyelaraskan pendirian bersama terhadap cabaran seperti krisis ekonomi, pandemik, perubahan iklim, keselamatan siber, dan ketegangan geopolitik.
- Mempromosi keamanan dan kestabilan: Mewujudkan dialog terbuka dan diplomatik untuk mencegah konflik serta mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
- Mengukuhkan identiti Komuniti ASEAN: Membangunkan rasa kekitaan dan perpaduan serantau melalui inisiatif sosial, budaya, dan pendidikan yang menyatukan rakyat ASEAN.
- Menggalakkan keterangkuman dan pembangunan mampan: Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan merangkumi negara-negara yang kurang maju dalam kalangan anggota ASEAN.
Senarai Sekolah Terlibat PdPR
Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 Mei hingga 28 Mei 2025 bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Senarai sekolah yang dibenarkan untuk melaksanakan PdPR ketika sidang kemuncak berlangsung adalah seperti berikut:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kebenaran sekolah melaksanakan PdPR ketika Sidang Kemuncak ASEAN, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/km-kpm-beri-kebenaran-kepada-71-buah-di-kuala-lumpur-dan-selangor-laksana-pdpr.
Baca juga: Semakan Tawaran & Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2025