Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2024

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK 2024

Mahasiswa anak Negeri Perak kini boleh membuat permohonan untuk Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2024 di bawah Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia.

Berikut merupakan info dan maklumat mengenai bantuan ini.

Pengenalan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak

Untuk makluman, Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahsiswa sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini diwujudkan untuk meringankan beban mahasiswa di negeri tersebut ketika melanjutkan pengajian di IPT.

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat sehingga 17 Mei 2024.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah minimum RM500 dan maksimum RM2,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
  2. Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Isirumah (Ibu dan Bapa/Pemohon/Pasangan) keluarga berpendapatan RM3,000 dan kebawah (gaji pokok). Salinan pendapatan sendiri atau pasangan perlu dikemukakan sekiranya pemohon telah bekerja/berkahwin.
  5. Memperolehi PNG/GPA 3.0 dan ke atas.
  6. Bantuan akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isi maklumat sehingga selesai.
  5. Hantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.
  6. Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  7. Borang Perakuan: Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2024, sila hubungi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak di talian 05-2538600.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: