Permohonan Skim Agihan Bina Rumah LZNK 2023

Bagi yang belum memiliki rumah sendiri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad telah membuka permohonan Skim Agihan Bina Rumah.

Skim Agihan Bina Rumah Kedah diwujudkan menerusi kerjasama strategik antara BIMB dan LZNK menerusi Skim Pembiayaan Peribadi-i Asnaf.

Ianya yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 untuk membiayai perumahan kakitangan Kerajaan dan Swasta.

Bagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 2 Ogos 2023 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Harga Rumah & Pembiayaan Skim Agihan Bina Rumah

Harga rumah yang ditawarkan menerusi skim ini adalah RM 70,400.00 bagi selain Daerah Langkawi dan RM 80,960.00 bagi daerah Langkawi sahaja.

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 35,200.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 40,480.00.

Untuk pembiayaan, kos Pembiayaan Peribadi adalah 50% dari kos sebuah rumah dengan kadar bayaran bulanan anggaran di bawah RM 400.00 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  3. Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  4. Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak melebihi RM3,000.00.
  5. Terbuka kepada kakitangan Kerajaan dan Swasta.
  6. Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  7. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.
  8. Majikan bersetuju membuat potongan gaji secara bulanan.

Keperluan Tanah

Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah memenuhi keperluan tanah:

  1. Memiliki geran tanah sendiri yang didaftarkan atas nama pemohon atau pasangan.
  2. Bagi yang tidak memiliki tanah, perlu mendapatkan Surat Kebenaran Bina Rumah dari tuan tanah yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.

Tatacara Permohonan

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.
  2. Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan yang perlu disediakan pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan, tanggungan dan pemilik tanah.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian pasangan (jika berkenaan).
  3. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  4. Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  5. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  6. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  7. Salinan geran tanah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Bina Rumah, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: