Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023
Murid yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2023, semakan keputusan UPKK 2023 boleh dibuat mulai 18 April 2024.
Berikut merupakan maklumat mengenai ujian ini dan cara membuat semakan keputusan.
Mengenai Keputusan UPKK 2023
Untuk keputusan UKPP tahun 2023, ibu bapa dan murid boleh menyemak keputusan peperiksaan ini pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11 pagi sehingga 2 Mei 2024 jam 12.00 tengah hari.
Apakah Itu UPKK?
UPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Ia bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian agama.
Bidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Al-Quran
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Amali Solat
Bentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:
i) Bentuk Lisan
- Al-Quran
ii) Bentuk Amali
- Amali Solat
iii) Bentuk Lisan & Pemerhatian
- Penghayatan Cara Hidup Islam
iv) Bentuk Penulisan
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
Gred & Skala
Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:
Gred | Keterangan | Skala |
2A | Tahap Cemerlang | 80-100 |
3B | Tahap Baik | 60-79 |
4C | Tahap Memuaskan | 40-59 |
5D | Tahap Kurang Memuaskan | 01-39 |
Semakan Keputusan UPKK 2023
Bagi murid yang telah mengambil peperiksaan UPKK, semakan keputusan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Laman Web Sistem JAKIM melalui capaian https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
- Khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK<jarak>No Kad Pengenalan/No Pengenalan Khas<jarak>No Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Slip Keputusan UPKK 2023
Slip keputusan UPKK 2023 boleh diperoleh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat) jam 9.30 pagi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan keputusan UPKK, sila layari laman web https://semakan.islam.gov.my/
Baca juga: