Dana Didik Johor: Caruman Kelahiran Bayi Baharu RM100

Bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor pada tahun 2023, kerajaan Negeri Johor menawarkan caruman tabungan awal pendidikan secara percuma melalui SSPN Prime menerusi Dana Didik Johor.

Untuk pengetahuan, Dana Didik Johor merupakan merupakan tabungan pendidikan awal anak-anak Johor yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor.

Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 melalui Enakmen YPJ No. 8 yang berperanan dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Oleh itu, ibu bapa di Negeri Johor yang baru mendapat cahaya mata mereka, mereka adalah dialu-alukan untuk memohon dana ini.

Kadar Caruman

Kadar caruman yang ditetapkan menerusi Dana Didik Johor adalah sebanyak RM100 yang disalurkan ke akaun SSPN Prime anak mereka.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan dana ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan adalah untuk bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1 Januari 2023.
  2. Ibu dan bapa kandung adalah warganegara Malaysia (keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor).
  3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan.
  4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan seperti di bawah:

  1. Layari pautan pendaftaran di https://bit.ly/3WVroAF.
  2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat diisi debelum membuat penghantaran.
  4. Klik butang ‘Sumbit’ untuk menghantar permohonan.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter berikut:

  • Was-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor.
  • Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor.
  • Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor.
  • Pejabat Yayasan Pelajaran Johor.

Soalan Lazim

Berapakah caruman yang bakal diterima oleh bayi yang baru lahir melalui dana ini?

Kadar caruman yang ditetapkan bagi setiap bayi yang baru lahir menerusi dana ini adalah RM100.

Adakah saya layak memohon jika pendapatan saya dan isteri berjumlah RM10,500 sebulan?

Tidak. Pendapatan ibu bapa tersebut mestilah berjumlah RM7,000 dan kebawah bagi sebulan.

Bolehkah simpanan tersebut dikeluarkan apabila anak saya berumur 19 tahun?

Boleh. Simpanan tersebut boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Didik Johor, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: