eMADANI TnG RM100: Cara Tebus eWallet Touch n Go

Bagi pengguna aplikasi Touch n Go, anda boleh membuat penebusan menerusi aplikasi ini bagi mendapatkan eMADANI TnG bernilai RM100.

Berikut diterangkan cara-cara untuk anda membuat penebusan menggunakan aplikasi ini.

Mengenai eMADANI

Menerusi Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Selain itu, bantuan ini diberikan susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang berminat, syarat kelayakan untuk mendapatkan eWallet ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan le bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Tarikh Penebusan

Penebusan boleh dibuat bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Manakala pengguna kredit serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.

Cara Membuat Penebusan

Penebusan menerusi aplikasi Touch n Go boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go di Google Store atau Apple App Store.
  2. Ikuti arahan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut.
  3. Penyedia perkhidmatan akan membuat verifikasi identiti anda secara automatik menerusi Know-Your- Customer (eKYC).
  4. Sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan klik ‘Hantar.’
  5. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya. 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai eMADANI TnG, sila layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: