Permohonan Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 MUIP

Murid dalam kategori asnaf di Negeri Pahang berpeluang untuk mendapat bantuan zakat persekolahan menerusi Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa daripada golongan asnaf untuk membuat persiapan bagi sesi persekolahan akan datang di samping memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus menuntut ilmu.
Untuk makluman, pihak MUIP memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta wang zakat bagi agihan zakat persekolahan tersebut.
Pemohon yang ingin mendapat agihan zakat ini boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2022.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditetapkan bagi agihan zakat ini adalah seperti berikut:
- Pelajar sekolah rendah: RM150
- Pelajar sekolah menengah: RM200
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan agihan zakat persekolahan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dalam kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf di Pahang.
- Berdaftar sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan MUIP.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan agihan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu http://easnaf.muip.gov.my.
- Klik butang ‘Tidak, Daftar Pengguna’ bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Baharu.’
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 MUIP, sila hubungi pihak MUIP di talian 09-422 1311.