Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara MAIJ: Bantuan Sehingga RM1,000

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka tawaran bagi pelajar dari negeri tersebut untuk memohon Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara kepada mereka yang berkelayakan.

MAIJ adalah institusi majlis agama Islam yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf di negeri tersebut.

Bagi asnaf fisabilillah, MAIJ menawarkan Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara.

Permohonan bantuan zakat ini telah dibuka mulai 1 Jun sehingga 30 Jun dan permohonan boleh dibuat secara online.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Sijill (kecuali STAM dan STPM)
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:

  • Peringkat Sijil: RM300.00
  • Peringkat Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

Syarat Am

Syarat am bagi pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor serta menetap di dalam Negeri Johor.
  2. Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  3. Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  4. Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
  5. Terbuka untuk kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang boleh rujuk adalah melalui perincian di bawah:

  1. Layari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik menu “Daftar Pengguna.”
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik “Semak No. Kad Pengenalan.”
  4. Sekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu “Klik Di Sini” untuk mengemaskini kata laluan.
  5. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  6. Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik “Setuju’ dan “Simpan.”
  7. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  8. Klik pada menu “Bantuan IPT Dalam Negeri.”
  9. Lengkapkan butiran-butiran seperti:
    – Maklumat pemohon.
    – Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    – Maklumat pengajian.
  10. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Klik “Hantar” dan “Cetak Slip” sebagai rujukan permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. Salinan surat tawaran IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  7. Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  8. Dokumen yuran pendaftaran.
  9. Gambar berukuran passport.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara, sila layari Facebook MAIJ iaitu https://www.facebook.com/zakatjohor.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: