Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor 2023

Penjawat Awam Negeri Johor yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi dialu-alukan memohon pembiayaan menerusi Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana 2023.

Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana merupakan pembiayaan yang ditawarkan kepada Penjawat Awam Negeri Johor yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Tabung ini diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Penjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan mulai 28 Mei hingga 28 Jun 2023.

Syarat Am Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor 2023

Syarat am permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun Negeri Johor.
  2. Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  4. Tiada had umur ditetapkan.
  5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.
  6. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi/agensi/Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
  7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  8. Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT 5 lima tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.

Cara Memohon Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor

Permohonan tabung pendidikan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe0h_da4odLosWR6RFGnTxIeHrIBZxGwqRAl2UIKlomTKnKFA/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  3. Kemudian, layari laman web https://www.pdt.com.my/tpkkkppdt/.
  4. Klik butang ‘Borang Permohonan.’
  5. Muat turun borang permohonan tersebut.
  6. Lengkapkan borang permohonan.
  7. Sediakan dokumen-dokumen wajib.
  8. Emailkan borang permohonan serta dokumen-dokumen wajib ke alamat email [email protected].

Dokumen Wajib

Dokumen-dokumen wajib yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam.
  2. Salinan surat pengesahan status perkhidmatan.
  3. Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin).
  4. Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin-slip gaji pasangan).
  5. Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.
  6. Sijil-sijil kelayakan daripada badan-badan profesional/ikhtisas (jika ada).
  7. Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat daerah/negeri (jika ada).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana 2023, sila layari laman web https://www.pdt.com.my/tpkkpdt2022/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: