Permohonan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang MAIWP

Asnaf yang mempunyai hutang dan berada di dalam kesempitan boleh membuat permohonan menerusi Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang MAIWP.

Permohonan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang MAIWP merupakan skim yang diwujudkan membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan  perlindungan.

Oleh itu, asnaf yang memerlukan skim bantuan ini boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Umum Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang MAIWP

Pemohon yang berhasrat untuk memohon skim ini perlu memenuhi syarat umum seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Pemrohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen tersebut ke kaunter–kaunter Baitulmal MAIWP yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan [Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan]
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan].
    – *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.
  4. Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
  5. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami.
  6. Surat akaun sumpah/bil/resit/notis tuntutan asal daripada pemiutang. 

Dokumen Tambahan

Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh pemohon berikut adalah seperti berikut:

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-menyelesaikan-hutang-al-gharimin.


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: