Daftar myPTPTN: Aplikasi Mudah Alih Perkhidmatan PTPTN
Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini telah mewujudkan satu aplikasi mudah alih terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan PTPTN secara atas talian menerusi iaitu aplikasi myPTPTN.
myPTPTN merupakan aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.
Orang ramai boleh mula memuat turun dan menggunakan aplikasi ini digunakan mulai 29 Mac 2022.
Keistimewaan Aplikasi
Antara keistimewaan aplikasi ini bagi pengguna adalah seperti berikut:
- Hanya di satu platform: Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform.
- Menjimatkan masa dan kos: Orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya dihujung jari sahaja.
- Mesra pengguna: Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.
- Transaksi tanpa sempadan: Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.
- Cepat, mudah dan selamat: Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut iaitu:
- Urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN.
- Pembukaan akaun Simpan SSPN
- Semakan Penyata
- Pindahan Lebihan Bayaran Balik
- Pindahan Simpanan
- Permohonan Bayaran Balik/Deposit Simpan SSPN melalui Debit Terus, Potong Gaji dan Auto Debit
- Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman
- Cetakan Surat Penyelesaian Hutang (SPH)
- Kemas kini profil pengguna
Syarat Pendaftaran
Syarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai Kad Pengenalan awam.
- Mempunyai no. telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
- Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
- Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
- Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi myPTPTN, sila layari laman web PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/.