Cara Semak & Pengambilan Wang Pendahuluan PTPTN RM1,500

Pelajar yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh membuat permohonan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendapatkan Wang Pendahuluan PTPTN.

Wang Pendahuluan PTPTN adalah wang pendahuluan yang diberikan oleh PTPTN berjumlah RM1,500.00 bagi perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA. 

Wang pendahuluan ini diberikan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA, ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 31 Mei 2023, seramai 969,046 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion.

Untuk sesi kemasukan Julai 2023, PTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA.

Syarat Pemberian Wang Pendahuluan PTPTN

Syarat pemberian wang pendahuluan kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima wang pendahuluan tersebut.
  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia.
  3. Ibu bapa/Penjaga/Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.
  5. Pelajar tidak mempunyai hutang Wang Pendahuluan PTPTN sebelum ini.

Tatacara Semakan

Untuk menyemak tawaran wang pendahuluan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang kanta di sebelah kotak no kad pengenalan.
  4. Status tawaran dipaparkan.

Kaedah Penuaian

Pelajar boleh mengambil wang ini di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my).
  2. MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan).

Tempoh sah laku penuaian ini adalah selama dua bulan bermula 18 Julai 2023.

Tempoh sah laku wang pendahuluan ini adalah selama 2 bulan bermula 18 Julai 2023 hingga 18 September 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai WPP PTPTN, sila hubungi pihak PTPTN di talian 03–2193 3000 atau melayari https://www.ptptn.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: