BKP: Biasiswa Kecil Persekutuan 2024

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan perubahan dalam kriteria baharu penerima Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2024.

Untuk makluman, BKP merupakan biasiswa yang telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an lagi.

Biasiswa ini diperkenalkan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah.

Ini bagi mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Perubahan kelayakan baharu untuk penerima biasiswa ini akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 lagi murid daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat biasiswa ini.

Kadar Pemberian BKP

Kadar pemberian biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan  x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

Syarat Kelayakan

Untuk tahun 2024, syarat kelayakan untuk penerima biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
  3. Pendapatan ibu bapa/penjaga RM2,589.00 sebulan dan ke bawah.
  4. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
  5. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kaedah Penyaluran

Penyaluran biasiswa akan dibuat oleh KPM terus ke akaun murid yang layak.

Info lanjut

Info lanjut mengenai BKP, sila layari laman web https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: