Permohonan Biasiswa The Edge Education Foundation 2022

Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan biasiswa, anda boleh memohon Biasiswa The Edge Education Foundation 2022 bagi membiayai pengajian anda.

The Edge Education Foundation merupakan badan amal The Edge yang ditubuhkan pada Januari 2008.

Yayasan ini aktif menyalurkan program biasiswa kecil untuk pelajar sekolah rendah dan universiti.

Oleh itu, kepada pelajar Malaysia yang sedang menuntut di peringkat pra-siswazah di IPT, permohonan boleh dibuat sebelum 9 Disember 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Bahasa Inggeris
  • Media
  • Mana-mana bidang yang berkaitan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Januari setiap tahun kalendar.
  2. Minimum CGPA 3.0 dalam STPM atau setaraf dan Band 4 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET).
  3. Pemohon telah mendapat tempat di universiti tempatan untuk kursus Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan, ekonomi, kewangan, Bahasa Inggeris dan media (kewartawanan, pengiklanan, pemasaran, komunikasi) atau bidang berkaitan.
  4. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi satu kelebihan.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://teef.org.my.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat emel iaitu [email protected] atau secara pos ke alamat:

    The Edge Education Foundation
    Level 4, Menara KLK,
    No.1, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara,
    47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa The Edge Education Foundation 2022, sila layari laman web https://teef.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: