Bagi pekerja di sektor tidak formal, permohonan untuk Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal kini dibuka.
Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan pekerjaan formal dan mendapatkan latihan menerusi latihan Microcredentials/Latihan Profesional.
Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
Bagi mencapai tujuan ini, program peningkatan kemahiran secara Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL), microcredentials atau latihan profesional akan diberikan kepada individu mengikut syarat kelayakan minima.
Permohonan program ini dibuka mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Kelebihan Program Bina Kerjaya
Antara kelebihan program ini adalah seperti berikut:
- Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan.
- Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan/menambah kemahiran mereka menerusi latihan Microcredentials/Latihan Profesional.
- Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal.
- Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal.
Bayaran Latihan & Elaun
Program ini akan dijalankan menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksima untuk 3 bulan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:
- Pekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.
- Berumur 16 tahun hingga 40 tahun.
Kaedah Permohonan Bina Kerjaya
Permohonan program ini boleh dibuat menerusi laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program Bina Kerjaya ini, sila layari laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.