Permohonan BTAR 2022: Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda kini boleh membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022 di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Untuk makluman, BTAR adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia dengan menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni.

Penerima BTAR yang layak akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memastikan mereka memberikan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.

Pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu membuat permohonan sebelum 31 Mac 2022.

Pemberian Biasiswa

Penerima yang layak menerima biasiswa ini adalah mendapat bantuan kewangan seperti berikut:

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun bulanan: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
  • Elaun tahunan: Elaun tahunan diberi untuk pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap penerima. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun ini diberikan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Program Kepimpinan

Penerima biasiswa ini perlu menyertai program kepimpinan yang disediakan merangkumi:

  • Mentorship
    – Penerima biasiswa akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga alumni tentang kerjaya dan perkembangan diri.
  • Peluang pembangunan
    – Penerima biasiswa akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
  • Projek kemasyarakatan
    – Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap penerima biasiswa perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan yayasan ini. 

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pemohon seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tergolong dalam salah satu kategori berikut:
    – Pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
    – Menerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda diuniversiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2022.
    – Pelajar yang sedang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2022.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.yayasantar.org.my/bm/biasiswa-tunku-abdul-rahman/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Mohon Di Sini.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  5. Muat naik dokumen sokongan.
  6. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan keputusan Pra-U atau semester terkini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BTAR, sila layari laman web www.yayasantar.org.my atau menghubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di talian 03 2283 6063.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *