BUDI95: Semakan Kelayakan Mulai 25 September

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa semakan kelayakan bagi Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh disemak mulai 25 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Apa Itu BUDI95?

Inisiatif BUDI95 merupakan inisiatif kerajaan bagi pelaksanaan subsidi petrol RON95 kepada warganegara Malaysia yang layak.

Secara umumnya, BUDI95 merupakan inisiatif di dalam BUDI MADANI yang bertujuan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Ini sebagai salah satu usaha untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Harga Terbaharu Petrol RON95

Warganegara Malaysia yang layak boleh membeli petrol RON95 dengan subsidi sebanyak RM1.99 seliter.

Untuk RON95 yang tidak disubsidi pula, harga yang ditetapkan adalah sebanyak RM2.60 seliter.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk bagi penerima subsidi petrol RON95 ini adalah khusus kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kouta Liter

Bagi mereka yang layak, siling kelayakan bagi pembelian petrol tersebut adalah 300 liter sebulan.

Walau bagaimanapun, bagi pemandu e-hailing pula, mereka dikecualikan daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi mengikut keperluan.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan program ini akan bermula pada 30 September 2025.

Untuk anggota polis dan tentera serta penerima STR pula, mereka akan menerima manfaat ini lebih awal iaitu:

  • Anggota polis dan tentera: 27 September 2025
  • Penerima STR: 28 September 2025

Cara Pembelian

Berikut merupakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95, antaranya:

  • Tiada pendaftaran diperlukan.
  • Hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi; dan
  • Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi portal https://www.budimadani.gov.my/ bermula 25 September 2025.

Portal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan

FAQ BUDI95

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan di nombor 1300-88-9595, juga mulai 9 pagi hari Khamis, 25 September 2025.

Baca juga: BUDI95: Tarikh Pelaksanaan, Harga & Syarat Kelayakan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: