Contoh Laporan & Format Penulisannya

Untuk mengetahui cara penulisan laporan, para murid boleh merujuk contoh laporan untuk mengetahui formatnya.

Laporan ditulis untuk menceritakan peristiwa atau melaporkan sesuatu program yang dijalankan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan laporan bermaksud sesuatu yang dilaporkan mengenai maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan.

Ini bermakna, gambaran sesuatu peristiwa tersebut dilaporkan secara keseluruhannya menerusi laporan yang ditulis.

Jenis Penulisan Laporan

Terdapat dua jenis penulisan laporan iaitu:

  • Laporan format tertentu
  • Laporan format karangan

Laporan berformat bermaksud laporan yang ditulis untuk melaporkan program yang dijalankan di dalam borang yang disediakan.

Untuk laporan jenis ini, lazimnya lebih ringkas dan tidak terlalu panjang penulisannya.

Laporan format karangan pula adalah laporan dalam bentuk karangan mengenai keseluruhan aktiviti atau program yang dijalankan.

Format Laporan

Untuk format laporan bersifat karangan, terdapat 5 perkara yang perlu ada iaitu:

  1. Tajuk
  2. Isi
  3. Tandatangan
  4. Nama dan jawatan
  5. Tarikh laporan ditulis

1. Tajuk   

Tajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti atau program yang dijalankan.

Tajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah dengan permulaan huruf adalah huruf besar.

2. Isi

Isi di dalam laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Isi laporan perlulah menceritakan maklumat penting yang berlaku di dalam aktiviti atau program tersebut.

3. Disediakan oleh dan Tandatangan

Tandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha bagi mengesahkan pihak yang menulis laporan tersebut.

4. Nama dan Jawatan

Nama dan jawatan penulis perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.

5. Tarikh

Tarikh laporan perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan perkataan “Disediakan Oleh.”

Contoh Laporan

Berikut merupakan contoh-contoh karangan laporan

Maklumat Lanjut

Sila rujuk buku-buku yang disenaraikan untuk mendapatlkan maklumat lanjut tentang penulisan laporan.

  1. Bahasa laporan; Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1997
  2. Panduan bahasa & Format Penulisan Laporan ; Maimunah Hj. Omar Biroteks, ITM 1993
  3. Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan ; Samsuddin Wahab Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005
  4. Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? ; Asiah Idris Pelita Bahasa 01/10/1993
  5. Laras bahasa laporan mesyuarat ; Sulaiman Masri Dewan Masyarakat 01/09/1996
  6. Pemantapan bahasa dalam penulisan laporan ; Mohamad Ibrahim Pelita Bahasa 01/11/2007
  7. Penulisan laporan ; Sulaiman Masri Dewan Masyarakat 01/06/1996

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: