Senarai Penjodoh Bilangan: Penggunaan & Contoh

Di dalam tatabahasa Bahasa Malaysia, adalah penting untuk memahami Penjodoh Bilangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penjodoh Bilangan? Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan juga sebagainya.

Kadang kala, kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, atau sebagainya.

Senarai Penjodoh Bilangan

i) Huruf A sehingga C

Penjodoh BilanganPenggunaanContoh
angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis
barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggisungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentukuntuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkungmata kail, subang, cincin
berkasuntuk benda-benda yang dlikat bersama-samakunci, lidi, kayu
bidanguntuk benda-benda atau tempat yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
bijiuntuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
blokuntuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkatpejabat, pangsapuri, bangunan
bongkahuntuk benda-benda yang berbongkahais, kayu
botoluntuk benda-benda yang dlisi ke dalam botolsusu, kicap, air minuman
buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentubandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, …..
bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketulsabun, roti, benang
bungkusuntuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusansebungkus nasi
butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru
carikuntuk kain atau kertas yang dicarikkain, kertas
cawanuntuk air yang diletakkan di dalam cawanair, teh, kopi
cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihankain, kertas, kaca
cekak / gemaluntuk benda bersaiz secekak jarisecekak sirih, padi
colekuntuk benda-benda yang dicoleksambal, sos
cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit
cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate

ii) Huruf D sehingga K

Penjodoh BilanganPenggunaanContoh
dasuntuk bunyi letupan atau tembakan.tembakan
deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta
ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
gelasuntuk air yang diisi di dalam gelasair, susu
gelung / lingkarbenda yang berlingkarubat nyamuk, tali, dawai, rotan
genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi
gerombolanuntuk kumpulan penjahatpenjahat, samseng, pengganas, perusuh
gugusuntuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatananggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas
gumpaluntuk benda yang berkepul atau berketultanah, darah, asap
helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebarkain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burung
hidanguntuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikankuih-muih, lauk-pauk
hiris/ irisuntuk benda-benda yang dipotong nipisbawang, timun, daging, buah-buahan
ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan
jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci
jambanganuntuk bunga di dalam pasu atau belanga.bunga
jemputuntuk benda-benda yang diambil dengan hujung jarinasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering

Penjodoh BilanganPenggunaanContoh
kajanguntuk benda-benda yang lebaratap, kertas
kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bunga
kalunguntuk benda yang disusun kalung (rantai)bunga, mutiara
kandanguntuk haiwan di dalam kandangkerbau, kambing, lembu, kuda
kapuruntuk sirih yang dibubuh kapur.sirih
kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang
kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah
kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah
kepulgumpalan asap atau awan yang tebal.asap, awan
keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongtebu, kayu, buluh, rotan
ketuluntuk benda-benda yang berketul dan padubatu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun ….
kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, rokok, pensel warna
kumpulanuntuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulanpelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau ……
kuntumuntuk semua jenis bungamawar, melati, anggerik
larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam
lembaruntuk benda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang
longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokansampah, durian, pakaian, tanah, cili
mangkukuntuk makanan yang diisi ke dalam mangkuksup, bubur, pengat
naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
pangsauntuk bahagian dalam buah durian.durian
papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun
pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganmerpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri
pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain bola sepak, polis, tentera pengakap
patahuntuk perkataanperkataan, kata
petakuntuk sawah, bendang, tanahsawah, bendang, tanah
pintuuntuk bangunan yang mempunyai beberapa pinturumah, kedai
potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, daging
pucuk– untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnya
– untuk senjata api
surat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapang
puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api

iv) Huruf R hingga Huruf U

Penjodoh BilanganPenggunaanContoh
rangkaiuntuk ayat yang berangkai-rangkaidoa, lagu, madah
rangkapuntuk perenggan puisipantun, sajak, syair
rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat
ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh, jari, rotan
rumpun / perduuntuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatserai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan
sikat/sisiruntuk buah pisangpisang
suapuntuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulutroti, nasi
tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun
tegukuntuk air yang sedang diminumair, teh, kopi
timbununtuk himpunan benda yang bertindih-tindihpasir, tanah, batu, manggis, sampah
tingkatuntuk bangunan yang bertingkatkedai, bangunan, rumah
titik / titisuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun, air mata
tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung
ulasuntuk isi buah-buahan yang berulas-ulaslimau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putih
untaiuntuk benda yang berangkai-rangkairantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syair
uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrotan, benang, dawai, tali, gelang
utasuntuk benda-benda yang panjang dan beruraibenang, tali, dawai, rantai

Penerangan Lanjut

Penerangan lanjut mengenai Penjodoh Bilangan boleh ditonton menerusi video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=TtthCaBdK2g.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: