Portal ePTRS.my: Program Tuisyen Rakyat Selangor Atas Talian

Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu portal yang membolehkan murid-murid mengikuti tuisyen secara atas talian terutamanya bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM iaitu menerusi ePTRS.my.

ePTRS.my diwujudkan sebagai kesinambungan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor dan MBI Bisnes Amal.

Untuk makluman, PTRS ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) di Negeri Selangor.

Selain mempunyai kelas tuisyen secara bersemuka, PTRS juga mempunyai portal yang membolehkan murid menjalani pembelajaran secara atas talian.

Objektif Pelaksanaan

Objektif pelaksanaan PTRS ini adalah untuk:

  • Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
  • Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
  • Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.
  • Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
  • Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.

Kandungan Yang Disediakan

Menerusi portal ePTRS.my, terdapat beberapa kandungan disediakan iaitu:

  • Video pembelajaran
  • eBuku
  • Blog

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid untuk pembelajaran di portal ini adalah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pengajian Am
  • Muet

Cara Akses

Untuk mengakses bahan pembelajaran di portal ini, sila ikuti langkah-langlah berikut:

  1. Layari laman web https://eptrs.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID pengguna atau no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Semua bahan pembelajaran boleh diakses.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ePTRS.my, sila layari laman web https://eptrs.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: