Contoh Ulasan Guru Untuk Pelaporan Prestasi Murid (PBD)

Untuk membuat pelaporan prestasi murid, disertakan contoh ulasan guru yang boleh digunakan untuk membuat pelaporan di dalam sistem Sistem Pengurusan Identiti (idMe).

Untuk makluman, guru perlu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara atas talian menggunakan sistem idMe.

Ini bermakna, penialaian setiap murid di dalam bilik darjah akan dinilai oleh guru yang akan diselaraskan menerusi sistem ini.

Penilaian guru tersebut mestilah disertakan dengan ulasan beradasarkan prestasi seseorang murid terbabit.

Contoh Ulasan Guru Untuk Pelaporan Prestasi Murid (PBD)

Berikut merupakan contoh ulasan guru yang boleh digunakan untuk membuat pelaporan:

i) Ulasan Pencapaian Lemah

  • Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  • Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
  • Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
  • Hargai masa dan tingkatkan usaha anda.
  • Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
  • Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
  • Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan berusaha.
  • Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita perlu belajar untuk menjadi sempurna.
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

ii) Ulasan Pencapaian Sederhana

  • Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas. Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
  • Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.
  • Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
  • Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
  • Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
  • Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
  • Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
  • Kebolehan anda boleh digilap lagi, teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

iii) Ulasan Pencapaian Cemerlang

  • Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.
  • Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang demi masa depan yang gemilang.
  • Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
  • Anda lakukan yang terbaik. Syabas diucapkan di atas pencapaian yang cemerlang Teruskan berusaha bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang sedang menanti.

Kredit: https://www.facebook.com/groups/890715987613785?multi_permalinks=2901753156510048&hoisted_section_header_type=recently_seen

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: