idMe: Sistem Pengurusan IDentiti KPM

Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) adalah sistem menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian/Agensi/Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi, dan orang awam.

Untuk setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

Cara Daftar idMe KPM

Untuk mendaftar ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://idme.moe.gov.my/.
  2. Klik ‘Daftar Baru’ untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
  3. Isikan semua maklumat yang disediakan (maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi).
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang ‘Reset’ untuk reset semula maklumat pengguna.

NOTA:

Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru.

Cara Login idMe KPM

Untuk login sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://idme.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Klik butang ‘Daftar Masuk.’
  4. Klik checkbox pada kotak yang disediajan dan masukkan kata laluan yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Daftar Masuk.’

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Pendaftaran secara dalam talian selepas tarikh tersebut sehingga 7 Februari 2024 adalah dikira sebagai pendaftaran lewat.

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai sistem IdMe ini, sila hantar email ke alamat [email protected].

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: