DPLI UPSI: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Mod Cuti Sekolah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Uni Akademia telah membuka permohonan bagi calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk mod cuti sekolah.

DPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.

Untuk setiap individu yang ingin menjadi guru tetap perlu kepada DPLI yang diiktiraf oleh pihak kementerian.

Untuk pengetahuan, DPLI UPSI sejak sekian lama telah mendapat pengiktirafan daripada MQA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kelebihan Program

Kelebihan program ini yang bakal dinikmati oleh pelajar adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada guru-guru sekolah kerajaan, sekolah swasta, guru sementara dan SEMUA pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berwarganegara Malaysia.
  • Sijil Diploma dianugerahkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI.
  • Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Kuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah.

Yuran Permohonan & Pengajian

Yuran permohonan yang dikenakan kepada pelajar yang memohon adalah RM50 sahaja.

Untuk yuran pengajian sepanjang 3 semester, pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000 (4 kali bayaran ansuran/alternatif pembiayaan pendidikan disediakan).

Struktur Mod Cuti Sekolah

Struktur mod cuti sekolah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf.
  2. PNGK tidak kurang daripada 2.00
  3. Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Warganegara Malaysia.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/12XDjhPci8rcgENMvYT4-4tOjHvXAJjw-/view.

Setelah borang permohonan tersebut lengkap diisi, sila hantar diemel ke alamat iaitu [email protected].

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DPLI UPSI, sila layari laman web https://www.uniakademia.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: