eMADANI RM100: Penebusan Mulai 4 Disember 2023

Bagi mereka yang menantikan kredit eMADANI RM100 yang diumumkan kerajaan sempena Belanjawan 2024, penebusan boleh dibuat mulai 4 Disember 2023.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Selain itu, bantuan ini diberikan susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Syarat Kelayakan eMADANI

Syarat kelayakan untuk menebus eMADANI ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan le bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Tarikh Penebusan

Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Manakala pengguna kredit serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.

Kredit MADANI juga bole dimanfaatkan menerusi peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang
terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Penyedia Perkhidmatan

e-Wallet tersebut boleh ditebus menerusi syarikat penyedia perkhidmatan berikut:

  • MAE
  • ShopeePay
  • Setel
  • Touch n Go

Penyedia perkhidmatan e-Wallet ini juga turut akan terlibat dalam memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program ini.

Bantuan e-Wallet Sebelum Ini

Sebelum ini, kerajaan telah memberikan bantuan e-Wallet kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) sahaja.

Bantuan tersebut yang dipanggil eBeliaRahmah diberikan adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup belia selain pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan eWallet untuk menjalankan transaksi pembelian.

Pada waktu tersebut, pemberian bantuan ini melibatkan peruntukan kerajaan persektuan sebanyak RM400 juta.

Bantuan tersebut melibatkan 3 penyedia perkhidmatan eWallet sahaja iaitu:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • Setel

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai eMADANI, sila layari laman web
https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI atau https://bantuantunai.hasil.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: