Tarikh Hari Raya Haji / Hari Raya Korban 2023

Tarikh Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha akan disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah di dalam kalendar Hijrah setiap tahun.

Di dalam Islam, terdapat 2 hari raya yang diambut setiap tahun iaitu:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Haji (Aidiladha)

Hari Raya Haji disambut setelah umat Islam sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

Ini kerana, apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka akan diampunakan segala dosa-dosa yang dilakukan mereka.

Di dalam hari raya ini, disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan.

Pensyariatan Ibadah Haji

Haji dari segi bahasa bererti menyengaja atau menuju dan mengunjungi dan menurut istilah syara’ pula, haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu.

Menurut jumhur ulama’, fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah” (Surah Al- Baqarah ayat 196).

Ibadah ini diwajibkan kepada umat Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Mampu yang dimaksudkan adalah mampu untuk mengerjakan haji dengan diri sendiri atau mampu mengerjakan haji dengan perantaraan orang lain manakala yang dikatakan tidak mampu itu dilihat dari sudut sakit, tua, kematian, dan sebagainya.

Tarikh Hari Raya Haji 2023

Setiap tahun, pengumuman tarikh hari raya akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui stesen-stesen televisyen utama negara.

Untuk menetapkan tarikh hari raya, Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh hari raya ditetapkan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik).

Jika dilihat kepada kalendar, tarikh Hari Raya Haji 2023 dijangka akan berlaku pada 29 Jun 2023, iaitu hari Khamis bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

Cuti Umum

Untuk makluman, Hari Raya Aidiladha pertama adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.

Namun, terdapat negeri yang mengambil cuti bagi Hari Raya Aidiladha kedua (hari Jumaat) iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1871-al-kafi-li-al-fatawi-siri-436-hikmah-haji-difardhukan-sekali-seumur-hidup

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: