IMAJ: Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor 2024

Mahasiswa anak Johor yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) adalah dialu-alukan memohon Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Sesi 2 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.
Mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ)
IMAJ atau Insentif Mahasiswa Anak Johor merupakan insentif yang diwujudkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk membantu mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Pengajian tersebut adalah sama ada mereka melanjutkan pengajian di IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, dan KYPJ.
Bagi mahasiswa yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian (online) mulai 10 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024.
Penerima Manfaat
Penerima manfaat terdiri daripada:
- IPTA, Politeknik, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti
- IPTS yang terpilih seperti UNIKL, UNIMEL, USAS
- Kolej di bawah kerajaan Negeri Johor (KUIJSI, KYPJ dan Kolej Kemahiran Johor)
- Kolej TVET (Giatmara, IKM, KKTM, IKBN, IKTBN, Kolej Vokasional, ADTEC dan sebagainya)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon bantuan insentif ini adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Johor.
- Terbuka kepada mahasiswa anak Negeri Johor sedia ada yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
- Telah berdaftar dengan 25 Persatuan Anak Johor di setiap IPT atau Gabungan Mahasiswa Anak Johor.
- Pengajian sepenuh masa sahaja.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu http://bantuan-ypj.com/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Permohonan ini perlu dilakukan secara atas talian sahaja dan tiada borang permohonan disediakan di kaunter YPJ.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai IMAJ 2024, sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my.
Baca juga: