Kad Prihatin Siswa: Faedah & Cara Mengaktifkannya

Salah satu inisiatif yang boleh dinikmati oleh siswa di Malaysia adalah menerusi Kad Prihatin Siswa.

Kad Prihatin Siswa pada awalnya merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sebagai inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.

Objektif pengenalan kad ini adalah untuk:

  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan terus kepada pelajar.
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/keistimewaan/ganjaran/promosi kepada pelajar IPT.
kad prihatin siswa

Faedah Kad Prihatin Siswa

Terdapat beberapa faedah pengenalan kad ini iaitu:

  • Tiada implikasi kewangan kepada pelajar (tiada yuran tahunan dan yuran pendaftaran).
  • Pelajar yang layak boleh memohon untuk mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Pelajar (tertakluk kepada syarat).
  • Khairat kematian/insuran/takaful (kelompok).
  • Promosi dan diskaun: Pesanan makanan, e-hailing, peralatan sukan, dan perkhidmatan produk komunikasi (bergantung kepada kerjasama KPT dengan rakan strategik).

Cara Pengaktifan

Untuk mengaktifkan kad ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah mengikut universiti masing-masing.

i) UiTM

  1. Untuk pelajar baharu, buka akaun Simpanan I-Pro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu. Pelajar lama yang tidak mempunyai akaun bank tersebut juga perlu untuk membuka akaun tersebut.
  2. Muat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my) untuk tujuan cetakan kad.
  3. Dapatkan kad di kampus UiTM masing-masing (https://kpsiswa.uitm.edu.my/).
  4. Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad tersebut.
kad prihatin siswa

ii) UPM

  1. Sediakan gambar pasport mengikut spesifikasi berikut untuk penyediaan kad iaitu:
    – 3.5cm (lebar) x 4.5cm (tinggi)
    – Latar Belakang Biru
    – Fail .jpg dengan saiz <500kb
  2. Emelkan ke [email protected] bersama butiran Nama dan No. Matrik
kad prihatin siswa

iii) UIAM/IIUM

  1. Log masuk ke Portal Pelajar (i-Maluum).
  2. Baca Persetujuan Pelajar mengenai kad tersebut.
  3. Klik URL yang disediakan.
  4. Klik Setuju dan hantar.
  5. Bank RHB akan mencetak kad dan menghantar ke universiti.
  6. Universiti akan membuat pengumuman untuk pelajar mengambil kad tersebut.
kad prihatin siswa

iv) UNIMAS

  1. Semua pelajar diwajibkan untuk mengisi maklum balas borang persetujuan melalui Sistem Pengurusan Pelajar seperti di pautan: https://smpweb.unimas.my/eStudent.
  2. Untuk pelajar baharu, pendaftaran adalah menggunakan sistem eDaftar.

v) UM

  1. Pelajar memberikan persetujuan (consent) melalui Portal MAYA bagi tujuan pembukaan akaun (MAYA Portal Pelajar > my Dashboard > Highlights > Kad Prihatin Siswa Consent Form).
  2. Universiti memuatnaik data Bulk Account Opening (BAO) dan menghantar ke RHB Bank. Selepas BAO diterima tanpa sebarang kesalahan formal, RHB meneruskan proses pembukaan akaun pelajar.
  3. Universiti mencetak dan mengagihkan kad kepada akademi/fakulti/pusat untuk diserahkan kepada pelajar.
  4. Pengambilan kad oleh pelajar di akademi/fakulti/pusat masing-masing dalam lempoh 14 hari selepos persetujuan (consent) diberikan.
  5. Pelajar hadir ke mana-mana cawangan RHB bank di seluruh negara untuk tujuan pengaktifan kad setelah menerima nolifikasi (SMS & e-mel) daripada RHB bank yang menyatakan bahawa akaun telah berjaya dibuka. Pelajar dikehendaki membawa bersama kad dan Kad Pengenalan/Pasport asal semasa pengaktifan akaun.

vi) UMS

  1. Semua pelajar perlu melengkapkan Setuju Terima di Portal SMPB sebelum 30 Jun 2022.

vii) UKM

  1. Pelajar peminjam PTPTN adalah diwajibkan mengambil dan mengaktifkan kad ini untuk urusan pengkreditan pinjaman dan sebagainya.
  2. Semakan status cetakan boleh disemak melalui sistem maklumat pelajar https://ukmcard.ukm.my/.
  3. Pelajar dikehendaki membawa kad pelajar dan Kad Pengenalan/Passport bagi urusan pengaktifan akaun dan kad bank ke alamat di bawah:

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut berkenaan Kad Prihatin Siswa, sila hubungi RHB Customer Contact Centre ditalian 03-92068118 atau emel [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: