Kursus USM: Senarai Kursus Ijazah Sarjana Muda USM

Mereka yang berminat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda boleh menyemak Kursus USM bagi memasuki Universiti Sains Malaysia (USM).

USM merupakan salah sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan pada 1969 dan kampus utamanya terletak di George Town, Pulau Pinang.

Universiti ini mempunyai 3 buah kampus iaitu di Seberang Perai dan di Kelantan serta sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus Sains Perubatan di India.

Senarai Kursus USM

Senarai kursus yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda di USM adalah seperti berikut:

1) Pusat Pengajian Seni

  • Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan)
  • Sarjana Muda Sastera (Seni Halus)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Rekabentuk dan Teknologi Baru)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Grafik Komunikasi)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Rekabentuk Produk)
  • Sarjana Muda Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)

2) Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

  • Sarjana Muda Seni Bina Dalaman
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Ukur Bahan)
  • Sarjana Muda (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Seni Bina)
  • Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bangunan (Kepujian)

3) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

  • Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Bahasa Malaysia/Geografi/Sejarah)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik/Fizik/Kimia/Biologi)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • Sarjana Muda Pendidikan (TESOL)

4) Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

  • Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris Untuk Profesional)

5) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris/Pengajian Bahasa Malaysia/Geografi/ Sejarah/ Kesusasteraan)
  • Sastera (Kepujian) (Terjemahan Dengan Interpretasi)
  • (Kepujian) (Bahasa Inggeris Dan Kesusasteraan)

6) Pusat Pengajian Komunikasi

  • Sarjana Muda Komunikasi (Filem Dan Penyiaran/ Komunikasi Pemujukan/Kewartawanan)

7) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

  • Sarjana Muda Ekonomi
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Antropologi Dan Sosiologi/Ekonomi /Sains Politik/Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan)
  • Sarjana Muda Kerja Sosial

8) Pusat Pengajian Sains Kajihayat

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi Gunaan) (Bioteknologi / Agrobiologi /Biologi Akuatik/Biologi Persekitaran/Entomologi dan Parasitologi)
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi) (Mikrobiologi/ Biologi Tumbuhan/ Biologi Haiwan)

9) Pusat Pengajian Teknologi Industri

  • Sarjana Muda Teknologi (Persekitaran)
  • Sarjana Muda Teknologi (Makanan)
  • Sarjana Muda Teknologi (Biosumber)

10) Pusat Pengajian Pengurusan

  • Sarjana Muda Perakuanan
  • Sarjana Muda Pengurusan (Starategi & Pengurusan Organisasi/Pemasaran/Kewangan/Pengurusan Operasi/Perniagaan Antarabangsa/Kewangan Islam/Analitik Perniagaan)

11) Pusat Pengajian Sains Kimia

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Industri)
  • Sarjana Muda Sains (Kimia)

12) Pusat Pengajian Sains Fizik

  • Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Geofizik)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Perubatan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Kejuruteraan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik)

13) Pusat Pengajian Sains Komputer

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perkomputeran Cerdas/Infrastruktur Komputeran/Kejuruteraan Perisian)

14) Pusat Pengajian Sains Matematik

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Matematik Dan Ekonomi)
  • Sarjana Muda Sains (Matematik)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Statistik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Penyelidikan Operasi)

15) Pusat Pengajian Sains Farmasi

  • Sarjana Muda Farmasi

16) Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)

17) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan Dengan Pengurusan)

18) Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Aeroangkasa)

19) Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia)

20) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Sumber Mineral)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bahan)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Polimer)

21) Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam)

22) Pusat Pengajian Sains Kesihatan

  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan)
  • Sarjana Muda Sains (Sains Forensik)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audiologi)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan)
  • Sarjana Muda Kejururawatan
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Bioperubatan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sinaran Perubatan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pemakanan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sains Senaman Dan Sukan)

23) Pusat Pengajian Sains Pergigian

  • Doktor Pergigian

24) Pusat Pengajian Sains Perubatan

  • Doktor Perubatan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Kursus USM, sila layari laman web https://pohon.usm.my/senarai_program.php.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: