Kalendar Akademik UiTM & Tarikh Penting Semester 1 2023/2024

Bagi pelajar yang bakal memulakan semester 1 bagi sesi 2023/2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kalendar akademik bagi tarikh-tarikh penting UiTM telah dikeluarkan.

UiTM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mula beroperasi pada tahun 1956.

Universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, serta Program Profesional.

Universiti ini mempunyai merangkumi 34 kampus, 4 kolej pengajian, 14 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.

Sejarah Penubuhan UiTM

Sejarah penubuhan universiti ini bermula menerusi penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951.

Kemudiannya, satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).

Dewan Latehan RIDA kemudiannya mula beroperasi pada bulan November 1956 dan menawarkan beberapa kursus profesional.

Kemudiannya, Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965 untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri.

Pada 14 Oktober 1967, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai aspirasi untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. 

Senarai Kampus UiTM

Senarai kampus UiTM di seluruh negara adalah seperti berikut:

  • UiTM INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  • UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
  • UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor
  • UiTM Dengkil, Selangor
  • UiTM Arau, Perlis
  • UiTM Dungun, Terengganu
  • UiTM Sri Iskandar, Perak
  • UiTM Samarahan, Sarawak
  • UiTM Sungai Petani, Kedah
  • UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • UiTM Alor Gajah, Melaka
  • UiTM Segamat, Johor
  • UiTM Jengka, Pahang
  • UiTM Machang, Kelantan
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Jasin, Melaka
  • UiTM Bertam, Pulau Pinang
  • UiTM Bukit Besi, Terengganu
  • UiTM Tapah, Perak
  • UiTM Rembau, Negeri Sembilan
  • UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • UiTM Pasir Gudang, Johor
  • UiTM Teluk Intan, Perak
  • UiTM Chendering, Terengganu
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Mukah, Sarawak
  • UiTM Tawau, Sabah
  • UiTM Johor Bahru, Johor
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Bukit Sekilau, Pahang
  • UiTM Alor Setar, Kedah
  • UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
  • UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
  • UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

Kalendar Akademik & Tarikh Penting Semester 1 2023/2024

Tarikh penting bagi kalendar akademik semester 1 2023/2024 adalah seperti berikut:

i) Kursus

  • Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu mod ePJJ/PLK: 18 September – 27 Oktober 2023
  • Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Sarjana Muda: 27 September – 27 Oktober 2023
  • Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Pra-Diploma/Diploma/Sarjana: 25 September – 27 Oktober 2023
  • Pendaftaran Online Kursus English Exit Test (EET699) Bagi Yang Layak Sahaja: 27 September – 27 Oktober 2023
  • Validasi Kursus Berdaftar Semester Semasa: 28 Oktober 13 November 2023
  • Kuliah Bermula: 1 Oktober 2023/2 Oktober 2023

ii) Yuran

  • Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran: 25 September – 20 November 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran: 23 November 2023
  • Gugur Taraf (GT): 30 November 2023
  • Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 30 November – 7 Disember 2023
  • Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 1-8 Disember 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan RPGT: 15 Disember 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan Penangguhan Pembayaran Yuran: 5 Januari 2024

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kalendar akademik UiTM, sila layari laman web https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: