Kata Majmuk: Maksud, Jenis, & Contoh-Contohnya

Di dalam perkataan Bahasa Melayu, salah satu jenis kata yang perlu diketahui oleh murid-murid adalah Kata Majmuk.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata jenis ini?

Kata Majmuk merupakan kata yang wujud apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.

Jenis Kata Majmuk

Terdapat 3 jenis kata ini iaitu:

  • Rangkai Kata Bebas
  • Istilah Khusus
  • Simpulan Bahasa

i) Rangkai Kata Bebas

Jenis kata ini tidak mempunyai hubungan antara perkataan yang pertama dan kedua, bermakna setiap perkataan mempunyai maknanya tersendiri.

Contohnya ialah jalan raya, jam tangan, bandar raya, beg tangan, dan meja tulis.

ii) Istilah Khusus

Jenis kata ini terdiri daripada kata yang digunakan untuk merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.

Ia selalunya kata ini digunakan dalam bidang Sains, Matematik dan Geografi.

Contohnya ialah keratan rentas, segi tiga, tabung uji, kertas kerja, mata pelajaran, dan cari gali.

iii) Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan kata yang terhasil dari pengunaan simpulan bahasa.

Kebanyakkan peribahasa adalah dalam bentuk kata majmuk. 

Contohnya ialah batu api, kaki ayam, anak emas, kaki bangku, makan angin, berat tangan, dan pilih kasih.

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan wujud apabila kata ini digandakan dan ianya hanya melibatkan kata yang pertama.

Pengandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan kesuluruhan kata tersebut.

Contoh pertama (melibatkan kata pertama):

Kata TunggalKata Jamak
Alat tulisAlat-alat tulis
Gambar rajahGambar-gambar rajah
Menteri besarMenteri-menteri besar

Contoh kedua (melibatkan bentuk sudah lengkap)

Kata TunggalKata Jamak
TandatanganTandatangan-tandatangan
WarganegaraWarganegara-warganegara
JawatankuasaJawatankuasa-jawatankuasa

Kata Majmuk Mantap

Kata ini menjadi sudah mantap apabila perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan.

Contohnya ialah setiausaha, olahraga, warganegara, kakitangan, kerjasama, dan pesuruhjaya.

Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-07-05-10/kssm-f3-bm-05/kata-majmuk

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: