Panduan & Contoh Karangan Ulasan Bahasa Melayu

Salah satu soalan bagi karangan Bahasa Melayu yang sering ditanya dalam peperiksaan adalah karangan ulasan.

Secara umumnya, ulasan merupakan karangan pendek yang bertujuan untuk mengulas mengenai peristiwa dan fenomena yang berlaku.

Murid dikehendaki untuk mengulas aktiviti yang berlaku dan perincian aktiviti yang dilakukan pada waktu tersebut bagi menggambarkan keseluruhan aktiviti yang berlaku.

Oleh sebab itu, adalah penting bagi murid memahami soalan dan gambar yang dtunjukkan untuk dibuat karangan ulasan.

Format Karangan Ulasan

Format karangan ini adalah seperti berikut:

  • Pendahuluan
  • Isi
  • Penutup

Tips Menjawab Karangan Ulasan

Antara tips yang boleh digunakan menjawab karangan ulasan ini adalah seperti berikut:

  • Pastikan menulis menggunakan penanda wacana bagi memulakan 1 atau 2 ayat yang baharu bagi menggambarkan kesinambungan ayat sebelumnya.
  • Pastikan mengambil perhatian terhadap jumlah perkataan bagi memastikan jumlah perkataan tidak melebihi yang ditetapkan.
  • Gabungkan isi tersurat dan isi tersirat dalam satu perenggan yang sama dalam bentuk penulisan isi yang padat dalam bahasa yang mudah. Sebaiknya, sekurang-kurangnya 2 isi tersurat dan 2 isi tersirat.
    – Isi tersurat: Perkara yang disampaikan secara jelas dan mudah difahami.
    – Isi tersirat: Maksud dan makna ayat tidak disampaikan secara jelas.
  • Pastikan mengambil perhatian mengenai persoalan tatabahasa bagi meminimakan kesalahan.
  • Semak dan pastikan semua ejaan adalah betul.
  • Masukkan peribahasa di dalam karangan tersebut.

Contoh Karangan Ulasan

Antara contoh karangan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=481749562328060&set=pcb.481749762328040

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: