Permohonan Tingkatan 6 SBP KISAS & SMAP Labu 2023

Pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ingin menyambung pengajian di salah satu daripada dua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan SMA Persekutuan (SMAP) Labu, permohonan kemasukan untuk 2023 telah dibuka.

KISAS yang terletak di Klang, Selangor dan SMAP Labu yang terletak di Labu, Negeri Sembilan merupakan antara SBP yang terkemuka di dalam negara yang turut menawarkan pengajian bagi Tingkatan 6.

Pelajar yang berminat untuk memasuki salah satu daripada 2 SBP ini boleh membuat permohonan mulai 02 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Syarat Umum

Syarat umum bagi calon yang berminat untuk memohon adalah seperti:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2023.
  2. Lulus peperiksaan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Syarat Khusus

Selain itu calon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.
  3. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.

Tatacara Permohonan

Permohonan kemasukan Tingkatan 6 SBP ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Klik link permohonan berikut http://moe.bpsbp.edu.my/mohonT62023.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan tersebut.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui email yang diberikan.

Surat dan Lampiran Tawaran akan dimaklumkan melalui emel kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 03 Julai hingga 20 Julai 2023.

Rayuan Kemasukan

Jika pemohon mendapat status gagal dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak KPM.

Surat rayuan tersebut mestilah dihantar melalui email ke alamat [email protected] atau [email protected] bermula 03 Julai hingga 31 Julai 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SBP KISAS dan SMAP Labu, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: