Kempen Merdeka With BigPay!: Ganjaran Bayar PTPTN Melalui BigPay
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini boleh mendapat ganjaran apabila membayar pinjaman PTPTN melalui BigPay menerusi Kempen Merdeka With BigPay!.
Kempen Merdeka With BigPay! adalah kempen yang dilaksanakan dengan kerjasama antara PTPTN dan BigPay untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di samping berpeluang memenangi ganjaran istimewa.
Untuk makluman, BigPay adalah aplikasi kewangan yang didatangkan bersama Prepaid MasterCard dan Visa serta aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat transaksi bayaran.
Kempen ini diharap dapat memberi peluang kepada para peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten melalui BigPay.
Tempoh Kempen
Tempoh kempen ini bermula iaitu dari 15 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.
Pemberian Ganjaran
Pemberian ganjaran menerusi kempen ini dilakukan menerusi 2 kategori berikut:
Kategori | Pemberian Ganjaran | Bilangan Pemenang |
Bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one off menggunakan BigPay | RM50 cashback dan 6x mata ganjaran yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay | 100 pengguna terawal setiap bulan (Ogos dan September). Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 200 orang |
Bayaran balik pinjaman minimum RM200 melalui potongan debit secara berturut-turut pada bulan Ogos dan September menggunakan BigPay | Berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM200 | 20 pemenang |
Syarat Penyertaan
Syarat penyertaan kempen ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada pengguna BigPay atau/dan peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman di dalam tempoh kempen.
- Setiap pengguna layak menerima pemberian ganjaran sekali sahaja untuk setiap kategori.
Pengumuman Pemenang
Pengguna yang menyertai Kempen Merdeka with BigPay dan layak sebagai pemenang akan
diumumkan di media sosial BigPay iaitu:
- Instagram: https://www.instagram.com/bigpayme/?hl=en
- Facebook: https://www.facebook.com/bigpaymalaysia/
Pemenang kempen akan menerima ganjaran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari setelah kempen tamat.
Pemenang yang memenangi ganjaran tiket penerbangan domestik perlu menghubungi Bahagian Pemasaran BigPay melalui e-mel [email protected] dan memberi maklumat seperti berikut:
- Nama penuh (mengikut Kad Pengenalan)
- Nombor telefon bimbit
- Emel yang digunakan untuk mendaftar dengan BigPay untuk tujuan pengenalan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka With BigPay!, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/kempen-merdeka-with-bigpay/?fbclid=IwAR3qUlFUq8BQOXSeA2jyyyIY3eKW4ZX2W9PG0lLAzrm3-dBOBtMiv_1K-Qs