Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik (Unsur Alam)

Untuk memastikan penulisan atau kata-kata seseorang dilihat puitis, adalah digalakkan untuk mereka menggunakan kosa kata Bahasa Melayu di dalam ayat atau pertuturan mereka.

Kosa kata juga lazimnya disebut sebagai perbendaharaan kata yang bermaksud semua perkataan yang dikenali dan digunakan oleh seseorang yang tertentu.

Terdapat banyak kosa kata yang menarik untuk digunakan dalam penulisan kreatif seperti dalam puisi, cerpen dan novel.

Pelbagai kategori kosa kata yang boleh digunakan merangkumi unsur alam, warna, dan sebagainya.

Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik Mengenai Unsur Alam

Kosa kata Bahasa Melayu lazimnya dirakam dalam hikayat-hikayat lama.

Berikut merupakan senarai kosa kata Melayu berkaitan unsur alam yang boleh dijadikan panduan:

  • Bianglala – pelangi
  • Cakraya – burung
  • Cemara- ru, casuarina
  • Cendana – pohon harum kayunya
  • Cendera – bulan, dewa
  • Gandasuli – pokok harum bunganya
  • Jaran – kuda
  • Jentayu – burung berseru meminta hujan
  • Kelemayar – cahaya
  • Kuda semberani – kuda sakti (bersayap) boleh terbang
  • Madukara – lebah
  • Malai – untaian bunga-bunga
  • Mandung – ayam jantan
  • Menjangan – rusa
  • Mergastua – binatang liar
  • Nundi – monyet
  • Nyiur nangkawati – kelapa
  • Paksi – burung
  • Pawaka – api
  • Pawana – angin
  • Pawitera – air suci
  • Petaka – bencana
  • Prahara – taufan
  • Pendapa – ranting muda
  • Puspa – bunga
  • Rajawali – helang
  • Segara – lautan
  • Selebu – ombak besar
  • Semendarasa wilis – cempaka biru
  • Serayu – bunga
  • Tagar – guruh
  • Taptibau – burung malam
  • Tuarang – kemarau
  • Unggas pergam – burung merpati besar
  • Wilmana – burung besar sebagai pengangkutan
  • Angsoka – pokok berbunga
  • Cempa – padi
  • Dandi – harimau berbelang
  • Kerpasan – hujan
  • Ambuk – kera, beruk
  • Andani – bunga indah
  • Andapung – ikan laut
  • Andu – burung
  • Arungan – tengah lautan dalam
  • Dilam – tumbuhan herba harum daunnya
  • Jeladan – burung, jelatik
  • Jelai – tumbuhan biji keras dibuat tasbih
  • Jelatik – burung pipit Jawa
  • Jelutung – pokok keras kayunya
  • Jeruju – pokok renek berduri
  • Satwa – binatang
  • Kapu-kapu – kiambang
  • Kelibut – hutan tebal
  • Keliki – buah betik/kepaya
  • Kembang lelan – bunga
  • Kembang tuli – bunga sekembang-kembangnya
  • Kerambil – kelapa
  • Kuda tezi – kuda besar tangkas

Sumber: https://twitter.com/nrhanish/status/1213294596525981696?lang=en

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: