Kata Adjektif: Jenis & Contoh Ayat

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu bentuk kata yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah Kata Adjektif.

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan kata adjektif dan contoh-contohnya?

Berikut dikongsikan selanjutnya untuk makluman dan rujukan semua.

Pengenalan

Kata Adjektif atau juga dipanggil Kata Sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.

Kata ini juga boleh boleh disertai dengan kata penguat seperti “sangat”, “amat, dan “paling.”

Jenis Kata Adjektif

Kata ini dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:

JenisContohContoh Ayat
SifatBaik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kasar, cantik, kuat– Hamid merupakan seorang pelajar yang sangat cerdik.
– Bunga Ros itu sangat cantik.
WarnaMerah, jingga, ungu, putih, kuning langsat– Baju raya Asyikin pada tahun ini berwarna ungu.
– Warna kereta Cikgu Karim seperti kuning langsat.
UkuranPendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, panjang, nipis-Galah di hadapan rumah Pak Abu cukup panjang.
– Rumah di kawasan Sri Hartamas sangat besar.
BentukBulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.– Bola yang dimainkan oleh adik itu berbentuk bujur.
– Kuih yang dibeli di pasar malam tadi berbentuk empat segi.
WaktuLama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.-Hakim tiba ke sekolah hari ini terlalu lewat.
-Masa untuk menyiapkan projek ini terlalu suntuk.
JarakDekat, hampir, jauh-Kita sudah semakin hampir untuk sampai.
-Jarak kedai makan dan sekolah sangat dekat.
CaraSelalu, jarang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah-Penilaian yang dibuat oleh Razman jarang tidak tepat.
-Wajah yang terpancar di raut wajah Siti hari jelas kelihatan muram.
PerasaanTakut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.-Puan Kalsom sangat rindu akan anaknya yang sedang belajar di Amerika Syarikat
-Halim sangat gembira apabila mengetahui beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Pancaindera-Rasa: Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau
-Pandang: Buruk, hodoh, jelita, cantik
-Dengar: Bising, senyap
-Bau: Busuk, wangi, hangit, hapak
-Sentuh: Kesat, kasar, lembab, halus, licin
-Nasi lemak yang dibeli tadi sangat lazat.
-Aisyah sangat cantik apabila memakai baju kurung itu.
-Kelas 4 Melati sangat bising tengah hari tadi.
-Mayat yang dijumpai di tebing sungai sudah berbau busuk.
-Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sangat licin apabila hujan lebat melanda.

Sumber: https://question.pandai.org/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: