APDM: Login Aplikasi Pengkalan Data Murid KPM

Antara aplikasi yang penting telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penyimpanan data dan maklumat murid ialah Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

APDM merupakan aplikasi yang mengumpulkan data dan maklumat murid seluruh Malaysia di bawah satu pengkalan data.

Menerusi aplikasi ini, bukan hanya guru boleh mengemaskini maklumat murid-murid malah ibu bapa/penjaga juga boleh melakukan perkara sedemikian.

Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai hubungan dengan sistem lain yang dibangunkan di bawah KPM iaitu SPS dan SAPS.

Fungsi APDM

Terdapat beberapa fungsi APDM yang boleh dikemaskini oleh pengguna seperti berikut:

  • Merekodkan kehadiran murid ke sekolah.
  • Merekodkan maklumat murid.
  • Mengemaskini maklumat murid.
  • Mengemaskini data guru.
  • Mengemaskini data bantuan murid.

Pengguna APDM

Pengguna yang berikut boleh menggunakan aplikasi ini bagi tujuan tertentu iaitu:

  • Pegawai pentadbir APDM di PPD
  • Pegawai pentadbir APDM di JPN
  • Guru kelas
  • Pegawai APDM peringkat sekolah
  • Ibu bapa

Cara Login APDM

Bagi pengguna yang ingin login ke aplikasi berikut, sila ikuti langkah-langkah yang ditetapkan iaitu:

  1. Layari laman web https://apdm.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan (ID Pengguna adalah kod sekolah manakala kata laluan diberikan kepada admin peringkat sekolah).
  3. Klik butang ‘Hantar’ untuk login.

Cara Kemaskini Maklumat Murid

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini maklumat murid, sila ikuti langkah-langkah yang berikut iaitu:

  1. Login seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.
  2. Klik bahagian “Data Murid.”
  3. Klik “Nama Murid” tersebut.
  4. Klik dan kemaskini maklumat murid pada bahagian yang diperlukan.
  5. Klik murid bekeperluan OKU jika berkaitan dan klik butang ‘Kemaskini’ maklumat yang diperlukan.

Cara Kemaskini Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

Bagi mengemaskini maklumat sama ada ibu/bapa/penjaga, pengemaskinian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Login seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.
  2. Klik bahagian “Data Murid.”
  3. Klik nama murid berkenaan.
  4. Klik bahagian di atas sama ada ingin mengemaskini maklumat ibu/bapa/penjaga.
  5. Kemaskini maklumat yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Kemaskini’ setelah semua maklumat selesai diisi.

Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

Aplikasi ini juga membolehkan para guru mengemaskini maklumat bantuan murid seperti langkah mudah berikut:

  1. Login seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.
  2. Klik pada bahagian “Bantuan Murid.”
  3. Tandakan bantuan yang diterima oleh murid tersebut.
  4. Bantuan berwarna kelabu adalah jenis bantuan yang dipohon melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, sila dengan Pegawai Meja APDM di negeri masing-masing iaitu:

Rujukan: Login Portal APDM KPM oleh eCentral

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: