Ujian Kecergasan Fizikal: Tips Lulus Dengan Mudah

Bagi yang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), salah satu ujian yang perlu ditempuhi oleh calon yang memohon adalah Ujian Kecergasan Fizikal.

Menerusi Ujian Kecergasan Fizikal, calon akan dinilai dari aspek kecergasan fizikal berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Calon yang gagal dalam ujian ini tidak akan layak untuk ke peringkat seterusnya.

Tujuan utama ujian ini diadakan adalah untuk memastikan setiap calon yang memohon mempunyai kecergasan fizikal yang baik dan sihat sekiranya berjaya menjawat jawatan yang dipohon.

Ukuran Fizikal & Pancaindera

Bagi calon yang memohon, ukuran fizikal yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Tinggi: Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m@157cm/Wanita 1.53m @ 153cm)
  • Berat Badan: Berat Badan Minima (Lelaki 48kg/Wanita 46kg)
  • Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)
    – Dada Keadaan Biasa: 79
    – Dada Tarik Nafas: 84

Untuk pemeriksaan pancaindera pula, ukuran yang ditetapkan adalah meliputi:

  • Pemeriksaan Penglihatan
    – Jarak penglihatan “Visual Acuity” 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap“Contact Lenses”.
    – Pengecaman warna dan nombor.
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

Kriteria Ujian Kecergasan Fizikal

Untuk ujian ini, calon perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu:

  • Larian sejauh 2.4 km
    – Lelaki: 14 minit
    – Wanita: 17 minit
  • Bangun Tubi dalam tempoh masa 2 Minit
    – Lelaki: 30 kali
    – Wanita: 28 kali
  • Lari Ulang Alik (4 x 10meter)
    – Lelaki: 11 saat
    – Wanita: 13 saat
  • Lompat Jauh Berdiri
    – Lelaki: 215 sentimeter
    – Wanita: 162 sentimeter

Tips Untuk Lulus Ujian

Antara tips yang boleh diambil perhatian untuk lulus dalam ujian ini adalah seperti berikut:

  1. Buat persediaan seperti membuat latihan kecergasan sebelum hari ujian dijalankan.
  2. Calon boleh mengamalkan diet makanan untuk memastikan mereka mendapat BMI yang seimbang. Pastikan mengambil makanan yang seimbang agar mencapai BMI yang ditetapkan.
  3. Jaga kesihatan dan minum air yang banyak untuk memastikan kesihatan badan sentiasa sihat.
  4. Tidur dan rehat yang secukupkan.
  5. Buat latihan mengikut kemampuan badan. Jangan memaksa untuk membuat latihan berlebihan sehingga mencederakan badan.
  6. Dapatkan nasihat kesihatan dan latihan fizikal daripada jurulatih kecergasan yang bertauliah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video https://www.youtube.com/watch?v=d2AUEwID4-o.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: