SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid & Garis Panduan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem yang melaporkan sahsiah diri murid sekolah di bawah KPM iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Sistem berasaskan laman web ini bertujuan untuk merekod maklumat salah laku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan.

Sistem ini bukan sahaja merekodkan setiap salah laku dan kesalahan disiplin murid menerusi pangkalan data atas talian tetapi turut merekodkan tingkah laku terpuji murid tersebut sepanjang mereka berada di sekolah.

Fungsi SSDM

Sistem ini dapat digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut iaitu:

  • Merekod kes-kes salahlaku murid.
  • Menyimpan mengenai perincian maklumat murid dan sekolah.
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salah laku.
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap.

Tahap Pengguna

Sistem ini dapat digunakan terhadap 4 kategori pengguna iaitu:

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Cara Login SSDM

Untuk menggunakan sistem ini, pengguna perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ssdm.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID dan katalaluan dan klik butang ‘Masuk.’ Bagi ID Pengguna dan kata laluan, pengguna boleh menghubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian untuk mengetahuinya.
  3. Setelah berjaya masuk, pengguna akan melihat menu-menu paparan utama yang disediakan iaitu:
    – Maklumat terkini
    – Tukar kata laluan
    – Maklumat sekolah
    – Maklumat murid
    – Laporan
    – Muat Turun
    – Pengesahan
    – Log keluar
  4. Perkara-perkara yang berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian ‘Maklumat Murid’ seperti yang disediakan.
  5. Melalui bahagian ini juga, pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya.
  6. Surat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini melalui bahagian tersebut.
  7. Selepas semua urusan berkaita kemaskini tingkah laku dan disiplin dikemaskini, sila log keluar bagi memastikan sistem ini diceroboh.

Manual Pengguna

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mengakses sistem ini, sila rujuk kepada manual panduan mengikut jenis pengguna:

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem ini, sila email pihak admin sistem ini di alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: