SAPS Ibu Bapa: Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah
Ibu bapa yang ingin mengetahui peperiksaan anak-anak mereka boleh membuat semakan melalui Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk pengetahuan, SAPS merupakan sistem yang diwujudkan bagi membolehkan laporan markah peperiksaan murid lebih teratur dan mudah diakses oleh ibu bapa.
Menerusi sistem ini, ibu bapa tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah anak-anak mereka untuk mengetahui keputusan peperiksaan sebaliknya boleh mengakses keputusan peperiksaan bila-bila masa dan di mana jua secara online.
Maklumat peperiksaan murid-murid akan dikemaskini oleh para guru mengikut peperiksaan yang dijalankan di sekolah dari semasa ke semasa.
Julat Gred Markah Peperiksaan
Julat gred peperiksaan yang lazimnya digunakan di sekolah-sekolah di bawah KPM adalah menggunakan Julat Gred Sekolah yang diperkenalkan pada tahun 2016.
Bagi Julat Gred Sekolah Rendah yang meliputi darjah 1 sehingga 6, julat gred markah peperiksaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- 80 – 100: A (Cemerlang)
- 65 – 79: B (Baik)
- 50 – 64: C (Memuaskan)
- 40 – 49: D (Mencapai Tahap Minimum)
- 0 – 39 : E (Belum Mencapai Tahap Minimum)
- TH : TH (Tidak Hadir)
Untuk Julat Gred Sekolah Menengah Rendah yang merangkumi tingkatan 1 hingga 3, julat gred markah peperiksaan adalah seperti berikut:
- 85 – 100: A (Cemerlang)
- 70 – 84: B (Kepujian)
- 60 – 69: C (Baik)
- 50 – 59: D (Memuaskan)
- 40 – 49: E (Mencapai Tahap Minimum)
- 0 – 39: F (Belum Mencapai Tahap Minimum)
- TH : TH (Tidak Hadir)
Manakala Julat Gred Sekolah Menengah Atas yang terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 pula adalah seperti berikut:
- 90-100: A+ (Cemerlang Tertinggi)
- 80-89: A (Cemerlang Tinggi)
- 70-79: A- (Cemerlang)
- 65-69: B+ (Kepujian Tertinggi)
- 60-64: B (Kepujian Tinggi)
- 55-59: C+ (Kepujian Atas)
- 50-54: C (Kepujian)
- 45-49: D (Lulus Atas)
- 40-44: E (Lulus)
- 0-39: G (Gagal)
- TH: TH (Tidak Hadir)
Cara Semakan SAPS
Ibu bapa yang ingin membuat semakan peperiksaan anak mereka boleh berbuat demikian melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web SAPS https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/indexv2.php.
- Masukkan no. kad pengenalan/sijil lahir murid diikuti dengan klik butang ‘Cari.’
- Pilih nama negeri, daerah, dan sekolah.
- Klik butang ‘Semak.’
- Keptusan peperiksaan murid dipaparkan.
Tarikh Semakan SAPS KPM
Ibu bapa boleh merujuk pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai SAPS, ibu bapa boleh merujuk pihak sekolah masing-masing.