Program Mama Kerja 2024: Insentif RM1,000 Ibu Bekerja

Kerajaan Negeri Selangor telah membuka kembali permohonan bagi insentif khusus kepada ibu yang bekerja iaitu Program Mama Kerja 2024.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini, sila ikuti penerangan di bawah.
Mengenai Mama Kerja
Program Mama Kerja ialah program yang bertujuan untuk membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.
Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.
Pengenalan program ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.
Permohonan untuk program ini mula dibuka pada 11 Julai 2024, jam 3.00 petang.
Jumlah Insentif Program Mama Kerja
Jumlah insentif yang ditawarkan bagi program ini kepada ibu yang layak adalah RM1,000 sekali gus.
Jumlah kouta penerima yang akan menerima insentif ini adalah untuk 5,000 orang terawal sahaja.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi ibu yang memohon program ini adalah seperti berikut:
- Wanita bekerja yang mempunyai majikan.
- Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
- Pengundi berdaftar di Selangor.
- Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah.
- Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan).
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Bukan penerima Skim Bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Bantuan Tadika (TUNAS).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat menerusi aplikasi Selangkah yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
Selain itu, pemohon juga boleh membuat permohonan menerusi laman web https://mamakerja.selangkah.my.
Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan tersebut.
Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik
Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan pemohon.
- Kad Pengenalan pasangan.
- MyKid atau Sijil Kelahiran anak/Sijil Anak Angkat.
- Salinan penyata gaji pemohon yang terkini.
- Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji.
- Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA.
- Salinan penyata bank.
- Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
Soalan Lazim
Program MAMA KERJA diwujudkan untuk menghargai wanita bekerja melalui pemberian bantuan bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.
Tidak. Hanya pengundi di Selangor yang layak menerima insentif ini.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan selepas 21 hari bekerja daripada permohonan dihantar.
Penyaluran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini dalam sistem.
Semua dokumen yang telah dimuat naik perlu melalui proses semakan yang mengambil masa dalam 21 hari. Anda hanya akan dapat mengemaskini permohonan anda setelah status permohonan anda ditukar kepada “Permohonan Ditolak” dan terdapat butang “Rayuan Semula” di laman Status Permohonan. Sila tekan butang berkenaan dan muat naik dokumen yang tepat dalam masa 5 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dari tarikh status permohonan ditukar. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status permohonan anda di laman Status Permohonan.
Ya. Anda cuma perlu mengemukakan salinan Sijil Pengangkatan anda yang sah sebagai bukti.
Surat pengesahan pendapatan beliau perlu disahkan melalui Ahli Parlimen/Ahli Dewan Negeri/Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Pesuruhjaya Sumpah.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mama Kerja, sila layari laman web https://mamakerja.selangkah.my atau hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.
Baca juga: