Permohonan Pakej PerantiSiswa Mulai Pertengahan April 2022

pakej-perantisiswa

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam kategori B40 atau pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM4,850 sebulan berpeluang membuat permohonan Pakej PerantiSiswa yang akan dibuka mulai pertengahan April 2022.

Untuk makluman, inisiatif Pakej PerantiSiswa diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober 2021 yang lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Selain peruntukan tersebut, syarikat telekomunikasi juga akan menyumbang sebanyak RM65 juta bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Kerajaan menjangkakan sebanyak 400,000 pelajar akan menerima manfaat ini melibatkan pelajar yang terpilih dan layak menerima inisiatif ini.

Peranti ini disediakan secara percuma kepada mahasiswa yang layak agar mereka dapat menggunakannya untuk tujuan pembelajaran sehingga tamat pengajian.

Penerima Inisiatif

Inisiatif ini akan melibatkan pelajar yang menyambung pengajian di IPTA, IPTS, kolej komuniti, dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Peringkat pengajian yang layak menerima inisiatif ini adalah sama ada:

  • Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Pelaksanaan

Proses perolehan bagi inisiatif ini akan disempurnakan mulai Mei 2022 dan akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Satu taklimat lanjut akan diberikan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan IPT berhubung pelaksanaan inisiatif ini.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan akan dimaklumkan kepada para pelajar selepas maklumat mengenai perkara ini dimaklumkan.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Berjaya

Untuk makluman, sekiranya permohonan tidak berjaya, tiada permohonan rayuan akan dibuka.

Oleh itu, pelajar adalah diingatkan untuk memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap bagi mengelakkan permohonan tersebut tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa, sila layari laman web KKMM iaitu https://www.kkmm.gov.my/.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post
aktiviti-kokurikulum-secara-bersemuka

SOP Aktiviti Kokurikulum Secara Bersemuka Dalam Sekolah KPM

Next Post
mystep

Permohonan MySTEP: Peluang Pekerjaan Graduan Jangka Masa Pendek

Related Posts