Pakej RAHMAH Allo: Jalur Lebar RM69 Sebulan

Kementerian Komunikasi dan Digital telah melancarkan Pakej RAHMAH Allo dengan harga langganan serendah RM69 sahaja.

Inisiatif ini diperkenalkan bersama-sama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo).

Untuk makluman, Allo merupakan sebuah anak syarikat di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penawaran pakej ini bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk
mengurangkan beban kos sara hidup memandangkan Allo mempunyai tumpuan
liputan terutamanya di kawasan pinggir dan luar bandar.

Kumpulan Sasar Pakej RAHMAH Allo

Pakej ini ditawarkan kepada kumpulan sasar berikut iaitu:

  • Golongan B40
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Harga Langganan Pakej

Harga langganan pakej ini ditawarkan pada harga RM69 sebulan sahaja.

Ini adalah penjimatan sebanyak RM30 sebulan atau RM720 sepanjang kontrak 24 bulan berbanding pakej semasa Allo iaitu RM99 sebulan.

Kelajuan Pakej

Kelajuan pakej ini adalah sehingga 100 Mbps dengan data tanpa had (unlimited data) untuk kontrak langganan selama 24 bulan.

Kawasan Liputan

Kawasan liputan bagi pakej ini merangkumi:

  • Kedah
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Cyberjaya
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor

Cara Untuk Melanggan

Untuk melanggan pakej ini, orang ramai boleh melayari laman web https://www.citybroadband.my/ untuk membuat langganan.

Pakej ini boleh mula dilanggan dan tidak mempunyai had waktu dengan tawaran
berkekalan.

Semakan Kawasan Liputan

Sebelum membuat langganan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan kawasan liputan terlebih dahulu.

Semakan kawasan liputan boleh dibuat menerusi pautan https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pakej RAHMAH Allo, sila layari laman web https://www.kkd.gov.my/ atau https://www.citybroadband.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: