SARa: Sumbangan Asas Rahmah RM600 Mulai 17 Julai 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diagihkan mulai 17 Julai 2023.

Sumbangan Asas Rahmah akan melibatkan pemberian kepada 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih.

Mengenai e-Kasih

Sistem e-Kasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Sistem ini merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Data-data di dalam sistem ini digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Syarat Penerima

Syarat penerima sumbangan ini mestilah dikategorikan seperti:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

PGK miskin tegar boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Amaun Bayaran

Amaun bayaran yang akan menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

Bil.Kategori Kelulusan STR 2023Amaun Bayaran
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM600
2.Warga Emas Tiada PasanganRM600
3.BujangRM600

Semakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah

Semakan status penerima boleh dirujuk melalui cara-cara di bawah:

  1. Layari portal semakan MyKasih iaitu: https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
  3. Kemudian sila masukkan captcha berdasarkan nombor dan angka yang diberi.
  4. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  5. Semakan status penerima dipaparkan.

Kaedah Penyaluran Sumbangan

Untuk kaedah penyaluran sumbangan, pihak Kementerian Kewangan akan memperincikan kaedah penyaluran sumbangan yang akan dibuat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: