SOP Terkini Pelitup Muka & Tempoh Kuarantin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan SOP terkini mengenai pemakaian pelitup muka dan tempoh kuarantin kepada pesakit COVID-19.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa keputusan itu dibuat susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu bahawa status COVID-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC).

Oleh sebab itu, KKM telah membuat semakan semula dan mengemas kini SOP berdasarkan penilaian situasi semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara.

SOP Terkini Pelitup Muka

Menerusi SOP terkini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan mulai 5 Julai 2023.

Individu yang diwajibkan memakai pelitup muka hanya pada keadaan berikut:

  • Kes positif COVID-19
  • Ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan & Pencegahan Infeksi semasa berhadapan dan mengendalikan pesakit.

Walau bagaimanapun, KKM amat menggalakkan pemakaian pelitup muka beradasarkan penilaian kendiri bagi:

  • Individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik.
  • Individu yang bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
  • Semasa berada dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah.

Tempoh Kuarantin Terkini Pesakit COVID-19

Untuk tempoh kuarantin pula, KKM telah menetapkan tempoh Home Surveillance Order (HSO) adalah seperti berikut:

  • Tempoh bagi HSO untuk pesakit COVID-19 adalah 5 hari dari tarikh bermula gejala.
  • HSO akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera.

Kawalan Kendiri

KKM memaklumkan mereka akan terus memantau situasi COVID-19 dan juga varian yang dilaporkan untuk mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

KKM juga menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19.

Maklumat Lanjut SOP Terkini Pelitup Muka 2023

Untuk sebarang maklumat mengenai SOP pelitup muka terbaharu dan mengenai COVID-19 di Malaysia, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: