Individu yang telah memohon sebagai guru secara one-off, semakan penempatan guru-off boleh dibuat di sistem e-Graduan mulai 15 Julai 2022, jam 3.00 petang.
Penempatan ini adalah melibatkan penempatan di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin menyatakan, keputusan ini adalah bagi penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS).
Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.
Pemohon boleh membuat semakan mulai 15 Julai 2022 sehingga 14 Ogos 2022 menerusi sistem e-Graduan.
Mengenai e-Graduan
e-Graduan adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).
Penempatan Guru
Penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.
Oleh kerana itu, Menteri Pendidikan memaklumkan KPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.
Cara Membuat Semakan
Semakan penempatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari sistem e-Graduan di pautan https://egraduan.moe.gov.my/.
- Masukkan ID Pengguna, kata laluan, dan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Keputusan penempatan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Semakan penempatan guru one-off, sila layari laman web https://egraduan.moe.gov.my/.