Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi murid yang ingin memasuki Sekolah Seni Malaysia bagi Tingkatan 1 bagi ambilan 2024.

Sekolah Seni Malaysia ialah sekolah yang ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Konsep sekolah ini ditubuhkan adalah mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi pembelajaran kesenian dan juga akademik.

Murid yang berminat untuk memohon ke sekolah ini boleh membuat permohonan mulai 3 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Objektif Penubuhan Sekolah Seni Malaysia

Objektif penubuhan sekolah ini adalah:

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

Syarat Kemasukan

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kemasukan:

  1. Lulus Uji Bakat.
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Tatacara Permohonan

Untuk memohon, sila ikuti tatacara permohonan berikut:

  1. Layari portal permohonan https://essem.moe.gov.my/.
  2. Klik “Daftar Kali Pertama”
  3. Masukkan no kad pengenalan, kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan.
  4. Klik “Daftar” dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan.
  5. Klik “Isi Borang” untuk membuat permohonan.
  6. Lengkapkan maklumat permohonan.
  7. Klik “Simpan” di akhir setiap paparan.
  8. klik “Hantar” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran ke Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi En Muhammad Daneal Syawal Bin Abdullah: 03-8872 1625/011-10043228 atau boleh diemelkan alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: