Semakan Keputusan Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK 2022

Pemohon yang telah membuat permohonan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) sebelum ini, anda boleh membuat semakan keputusan pinjaman pendidikan SPPNK bagi mengetahui status permohonan anda.

Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 adalah pembiayaan yang ditawarkan kepada pelajar anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.

SPPNK adalah di bawah pengurusan Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Penubuhan seksyen ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada 26 Ogos 2020.

Oleh itu, semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 16 Oktober 2022 iaitu hari Ahad sehingga 31 Oktober 2022 iaitu hari Isnin.

Kadar Pinjaman

Bagi pemohon yang berjaya, mereka akan menerima pinjaman pendidikan sebanyak RM6500.00 setahun atau RM7500.00 setahun untuk UniSHAMS.

Tatacara Membuat Semakan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Log masuk di laman web https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam.
  2. Klik “Semakan Permohonan Pinjaman.”
  3. Klik “Status Permohonan.”
  4. Sekiranya status Berjaya, sila ikuti arahan dalam surat pemakluman kelulusan dan lengkapkan maklumat dokumen perjanjian.
  5. Muat turun dokumen untuk tindakan selanjutnya.
  6. Semua dokumen berkaitan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2022 iaitu pada hari Isnin ke alamat:

Unit Penajaan SPPNK,
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar Kedah.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai semakan keputusan permohonan pinjaman pendidikan SPPNK, sila hubungi 04 702 7296 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: